Definisi
pencawang
Pencawang
elektrik ialah sejenis stesen dalam sistem penjanaan, penghantaran dan
pengagihan elektrik di mana voltan dinaik atau diturunkan menggunakan
transformer. Mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai
radas sama ada mengubah atau menurunkan tenaga kepada atau daripada voltan
tinggi (selain daripada pengubah atau menurunkan tenaga semata bagi
pengendalian peranti pensuisan atau peralatan) atau pensuisan , pengawalan atau
pengawalseliaan tenaga pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk
membolehkan orang masuk selepas radas diletakkan pada tempat itu dan termasuk
radas di dalamnya.
Jenis-Jenis
Pencawang
Pencawang
Berbangunan - biasanya di kawasan perumahan atau kilang
Pencawang
Luar Bangunan berpagar - biasanya di kawasan kilang atau luar Bandar
Pencawang
Atas Tiang - biasanya untuk kawasan luar Bandar dimana beban setempat tidak
terlalu tinggi
Pencawang
Padat – biasanya untuk kawasan Bandar dan premis yang sikit
Pencawang
Dalam Tanah – biasanya berada di luar Bandar dan memerlukan tempat yang luas
Peralatan
Dalam Pencawang
Alatsuis
- circuit breaker or RMU
Alatubah
- to step down voltage
LV
Dist Board - mempunyai busbar, link, fius dan juga alat pengukuran. Dua
kategori: feeder pillar dan LV Board
Perbezaan
antara Circuit breaker dan RMU adalah CB mempunyai sistem perlindungan pada
outgoing feeder yang menggunakan DC. Manakala, RMU hanya pada litar Tee Off
untuk alatubah sahaja yang mempunyai sistem perlindungan menggunakan fius
voltan tinggi tanpa memerlukan DC.
Jenis-
Jenis Switchgear
Gas
(gas insulated switch gear/GIS)
Pemutus
litar jenis gas SF6 kadangkala
memanjangkan proses arka meggunakan medan magnet dan ini bergantung kepada
kekuatan nyah elektrik yang dihasilkan oleh gas SF6 untuk memadamkan arka yang
telah dipanjangkan prosesnya.
Minyak
Bergantung
kepada pengewapan minyak untuk memberi tekanan tinggi supaya minyak tersebut
boleh memacu sepanjang aliran arka tersebut. Wap yang dilepaskan oleh proses
arka tersebut mengandungi gas hidrogen
Vacuum
Ianya
dapat dipadamkan apabila ianya dipanjangkan oleh bilangan yang kecil. Apabila
arus menghampiri 0, arka itu tidak cukup panas untuk menstabilkan plasma dan
memberhentikan arus.
Hybrid
Ianya
satu-satunya switch gear yang manggabungkan komponen penebat udara tradisional
(AIS) dan teknologi penebatan gas SF6. Rekaanya padat dan modular dimana ianya
merangkumi beberapa fungsi yang berbeza di dalam satu module.
Udara
Ianya
menggunakan tekanan udara atau keupayaan magnetic oleh arka itu sendiri untuk
memanjangkan proses arka tersebut. Apabila panjang arka itu stabil dengan
voltan yang sedia, maka ianya akan terpadam dengan sendiri. Pemutus litar
biasanya boleh memberhentikan pengaliran arus dengan serta merta. Biasanya
dalam 30 ms dan 150 ms bergantung kepada usia dan binaan pemutus litar itu
sendiri.
Keterangan
Bagi Jenis Hybrid Switch Gear
Suis
voltan tinggi-telah secara tradisional dibezakan mengikut medium yang digunakan
untuk memadamkan arka. Dalam kes modul suis hibrid, peranti ini dibangunkan
dalam 90 lepas menggunakan dua jenis teknologi: satu untuk memadamkan arka dan
satu lagi untuk menyambung kepada peralatan lain pencawang voltan yang tinggi,
untuk mengejar matlamat memaksimumkan kelebihan satu teknologi yang telah sedia
ada. Modul hibrid biasanya menggunakan komponen suis gas-terlindung dan
sesendal berhawa terlindung konvensional untuk menyambung kepada busbar itu.
Ianya adalah gabungan komponen pencawang berbeza standard dalam pemasangan
tunggal. Integrasi yang membolehkan untuk mengurangkan kesan pencawang
keseluruhan daripada 50% kepada lebih 70% berbanding dengan pencawang sedar
menggunakan peralatan udara konvensional terlindung.
Hibrid boleh menggabungkan: Satu (atau lebih)
pemutus litar, satu (atau lebih) disconnector dan pembumian suis, transformer
voltan gas-terlindung, cast-resin transformer semasa, dan udara atau arresters
lonjakan gas-terlindung. Bahagian-bahagian hidup voltan tinggi (pemutus litar,
disconnector dan suis pembumian) yang terkandung di dalam tangki aluminium
mendalam, penuh dengan tekanan sulfur hexafluorida (SF6) gas, yang bermaksud
bahawa kenalan disconnector akan mungkin tidak memerlukan sebarang
penyelenggaraan sepanjang hayat produk, dengan itu meningkatkan ketersediaan
pencawang dan keselamatan pengendali.
Hybrid
boleh digunakan bagi peluasan atau penggantian di mana-mana stesen kecil
tradisional yang menggunakan busbar berhawa terlindung. Ini membolehkan untuk
mengkonfigurasi modul dengan komponen-komponen yang diperlukan oleh seni bina
pencawang dan skop bekalan. Sebaliknya, ia juga mungkin untuk memasang
peralatan penghawa terlindung tradisional di sebuah pencawang hibrid.
Pengenalan
Pengubah
Transformer
ialah sebuah alat yang digunakan untuk menaikkan atau merendahkan voltan
bekalan a.c mengikut berkurangan atau bertambahnya arus. Transformer merupakan
peranti menukarkan nilai voltan dan bukan peranti yang menukarkan tenaga
elektrik kepada tenaga yang lain seperti yang berlaku dalam penjana atau motor.
Ianya berkeupayaan mengubah nilai arus ulang alik dari rendah kepada nilai
tinggi ataupun sebaliknya dan juga boleh membalikkan fasa. Transformer di
sambungkan kepada bekalan a.c sebab ia
bergantung kepada perubahan fluks pada d.c
tiada perubahan urat daya untuk menghasilkan aruhan saling.
Jenis-Jenis
Pengubah Voltan Tinggi
Pengubah Arus
Mengurangkan
arus talian kepada nilai yang dapat diukur oleh meter arus rendah. Bahagian
utama akan disambungkan sesiri dengan arus talian. Oleh itu, ia perlulah
mempunyai rintangan yang rendah dan nisbah pengubah arus mempunyai rintangan
yang rendah dan nisbah pengubah arus biasanya 10 : 1. Belitan sekunder
mempunyai lilitan yang lebih banyak berbanding dengan belitan utama. Tujuannnya
ialah untuk mengurangkan arus. Sebagai contoh, jika arus litar 100amp, meter
ampiar yang disambungkan ke belitan sekunder akan mencatatkan bacaan 10 amp.
Bagi mendapatkan bacaan arus talian (litar) 100amp, atau julat skala itu telah sedia
ditukarkan iaitu 10 x 10 = 100amp, atau julat skala itu telah sedia ditukarkan
kepada nilai lain setelah didarab dengan nisbah pengubah.
Pengubah Kuasa
Sebuah
alat static arus ulangalik yang digunakan untuk mengalih kuasa elektrik dari
satu litar ke litar yang lain dengan mengubah voltan dan arus tetapi tanpa
mengubah frekuensinya.
Prinsip
kerja pengubah ialah, kuasa boleh dipindahkan secara efektif melalui induksi
magnetic dari satu gelong lilitan kepada yang lain dengan daya magnetic yang
dihasilkan oleh arus ulangalik. Apabila arus ulangalik ini dihidupkan ke
lilitan utama, arus yang mengalir pada satu arah dan kemudian sebaliknya.
Medan
magnetic yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar magnetic dan menghasilkan
voltan ke litar utama dan pendua kerana kedua-dua litar ini disambungkan dengan
medan magnetic yang sama.
Voltan
yang dihasilkan di satu lilitan di litar utama dan lilitan pendua adalah sama
dan di arah yang sama. Voltan yang dihasilkan di lilitan pendua adalah
bergantung kepada voltan yang di masukkan pada lilitan utama dan bilangan
lilitan di lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan lilitan
pendua berubah, arus di lilitan pendua juga turut berubah.
Kuasa
(VA) = Voltan x Arus
Pengubah Voltan
Berfungsi
atas prinsip yang sama seperti pengubah kuasa, dimana kadar nisbah voltan pada
gelong prima dan gelong sekunder adalah berkadar terus pada kadar nisbah
lilitan bagi kedua-dua gelong tersebut contoh: 40:1. Ini bererti pada bahagian
prime, voltannya lebih tinggi berbanding dengan bahagian sekunder. Katakanlah
voltan bahagian ini mestilah mampu mengambil bacaan sehingga 120volt dan bacaan
voltan sebenar (bahagian prime) dapat diketahui dengan mendarabkan bacaan
voltan ini dengan nisbah pengubah. Jadi voltan prima yang sepatutnya diukur
oleh meter volt ini ialah 40x120=48volt. Bagi memudahkan bacaan, biasanya julat
skala meter volt itu diubah suai kepada nilai lain (setelah didarabkan dengan
40). Ini bererti skala maksimum meter itu menjadi 4800 volt, bukan 120 volt
walaupun sebenarnya ia hanya mengukur sehingga 120 volt.
Oleh
sebab bebannya rendah, kadar VA bagi pengubah voltan juga rendah. Salah satu
terminasi bahagian sekunder kadang kalanya di bumikan, ini dilakukan bagi
mengelakkan berlakunya pembocoran penebat diantara gelung prima dan sekunder,
sebagai keselamatan tambahan.
Bentuk
fizikal pengubah ini sama dengan bentuk pengubah kuasa, hanya ianya berlainan
pada gelung, dimana ianya mesti berpenebat apabila digunakan bagi voltan tinggi
dan sering terendam di dalam minyak bagi menguatkan perlindungan. Kehilangan
yang paling penting bagi pembinaanya ialah dari segi nilai ketetapan nisbah
voltan dan penghapusan perbezaan sudut fasa. Sudut fasa dari 0 E
atau 180 E
amatlah diperlukan, memandangkan pengubah voltan digunakan bagi menyambung dan
membekal alat-alat pengukur yang agak sensitive. Alat-alat seperti meter watt
dimana di dalamnya terdapat dua gelung beroperasi. Sebagai panduan, biasanya
pengubah voltan berfungsi atas dasar fluk yang rendah berlegar di dalam teras,
yang mempunyai luas keratan rentasnya yang besar.
Pengubah Auto
Mempunyai
satu belitan gegelung sahaja. Sebahagian daripada belitan itu akan dijadikan
belitan utama dan keseluruhan belitan itu akan dijadikan belitan sekunder atau
sebaliknya. Jika belitan utama lebih banyak daripada belitan sekunder, pengubah
auto itu dipanggil penggubah auto langkah naik.
Oleh
kerana belitan sekunder dan prima berkongsi teras dan kemagnetan, sebarang
perubahan arus dan fluk akan bertindak terus kepada belitan itu. Ini bererti
belitan sekunder dan primer mengalami kearuhan diri (tidak ada kearuhan saling
berlaku seperti dalam pengubah biasa dua belitan).
Dalam
erti kata lain, pengubah auto ini samalah seperti pembahagi voltan dimana
sebahagian daripada voltan akan susut apabila melalui perintang sungguh pun
perintang ini tidak boleh menaikkan voltan seperti dalam pengubah auto langkah
naik. Gerak daya elektrik yang dihasilkan oleh tiap-tiap lilitan di dalam
pengubah auto tersebut bergantung pada nisbah “lilitan/volt”.
Binaannya
Teras
dibuat daripada lapisan-lapisan besi yang diapit bersama-sama teras besi yang
lain.Terdapat berbagai jenis pengubah, tetapi umumnya berbentuk tingkap dan
kelompong. Teras merupakan faktor penting bagi menguatkan fluks magnet yang
dihasilkan. Teras dibuat berlapis-lapis agar kehilangan arus pusar dapat
dikurangkan di dalam teras tersebut.
Belitan
terbahagi kepada dua iaitu belitan utama dan belitan sekunder. Belitan utama
disambungkan ke bekalan masuk sementara belitan sekunder disambungkan ke
bekalan keluar. Dari sinilah sama ada nilai voltan atau arus pengubah itu
diambil selepas perpindahannya. Penambahan atau pengurangan bilangan belitan
sekunder dapat memberikan nilai voltan atau arus yang lebih atau kurang
daripada nilai bekalan yang diberikan. Belitan dililit secara lapisan sandwich
atau sepusar atau berasingan untuk mengelakkan daripada kebocoran fluks, di
samping mengeluarkan fluks yang berguna.
Penutup
menjadi pembalut dan ianya berfungsi untuk menyejukkan pengubah. Kadangkala di
abaikan jika penyejukan pengubah tidak diperlukan.
Sistem
Penyejukkannya
ONAN – OIL NATURALL AIR
NATURALL
Ini
adalah yang paling mudah sistem pengubah penyejukan. Bentuk penuh ONAN adalah (Oil
Naturall Air Naturall) "Minyak Asli Air Semula Jadi". Aliran
convectional sini semulajadi minyak panas digunakan untuk penyejukan. Dalam
edaran convectional minyak, minyak yang panas mengalir ke bahagian atas tangki
pengubah dan tempat kosong diduduki oleh minyak sejuk. Ini minyak panas yang
datang ke bahagian atas, akan menghilangkan haba di atmosfera melalui
pengaliran semula jadi, perolakan & radiasi di udara dan akan menjadi
sejuk. Dengan cara ini minyak di dalam tangki pengubah terus beredar apabila
pengubah dimasukkan ke dalam beban. Sebagai kadar pelesapan haba dalam udara
bergantung kepada permukaan tangki minyak yang melesapkan, ia adalah penting
untuk meningkatkan kawasan permukaan yang berkesan tangki. Permukaan melesapkan
jadi tambahan dalam bentuk tiub atau radiator disambungkan ke tangki pengubah.
Ini dikenali sebagai radiator pengubah atau radiator bank pengubah. Di bawah
satu bentuk yang paling mudah di penyejukan semula jadi atau ONAN perkiraan
penyejukan pengubah pembumian di bawah.
ONAF – OIL NATURALL AIR
FORCE
Pelesapan
haba jelas boleh meningkat, jika permukaan melesapkan dinaikkan tetapi ia boleh
membuat lebih cepat dengan menggunakan aliran udara paksa pada permukaan yang
melesapkan. Peminat meniup udara pada permukaan penyejukan bekerja. Udara paksa
menghilangkan haba dari permukaan radiator dan menyediakan penyejukan yang
lebih baik daripada udara semula jadi. Bentuk penuh ONAF adalah (Oil Natural
Air Force) "Minyak Air Semula Jadi Paksa". Oleh kerana kadar
pelesapan haba adalah lebih cepat dan lebih dalam ONAF pengubah kaedah
penyejukan daripada ONAN sistem penyejukan, pengubah kuasa elektrik boleh
dimasukkan ke dalam lebih beban tanpa melintasi had suhu yang dibenarkan.
OFAF – OIL FORCE AIR FORCE
Dalam
minyak terpaksa udara sistem penyejukan semula jadi pengubah, pelesapan haba
yang dipercepatkan dengan menggunakan udara paksa pada permukaan melesapkan
tetapi peredaran minyak panas dalam tangki pengubah adalah aliran convectional
semula jadi.
Kadar
pelesapan haba boleh meningkat masih lagi jika peredaran minyak ini
dipercepatkan dengan menggunakan beberapa daya. Dalam OFAF sistem penyejukan
minyak terpaksa beredar di dalam gelung tertutup tangki pengubah melalui pam
minyak. OFAF bermaksud (Oil Force Air Force) "Minyak Paksa Air Paksa"
kaedah penyejukan pengubah. Kelebihan utama sistem ini adalah bahawa ia adalah
sistem padat dan untuk kapasiti penyejukan sama OFAF ruang yang jauh lebih
kurang daripada petani dua sistem pengubah penyejukan. Sebenarnya dalam minyak
sistem penyejukan semula jadi, haba yang keluar daripada menjalankan sebahagian
daripada pengubah disesarkan dari kedudukannya, dalam kadar perlahan disebabkan
aliran convectional minyak tetapi dalam minyak penyejukan sistem terpaksa haba
yang disesarkan daripada asalnya sebaik sahaja ia datang dalam minyak, dengan
itu kadar penyejukan menjadi lebih cepat.